Pages

Tuesday, October 13, 2015

SEJARAH RIDERMAN 2




          Kali ini kita bercerita tentang aksesori Riderman pulak... Mula - mula kita cerita pasal motorsikal dulu..

RIDERMACHINE

          1.  Motorsikal Riderman dikenali juga sebagai Ridermachine.. Dibuat dari motor Suzuki TS250
           Ridermachine ni tak berubah macam motor Rider yang lain.. Kekal sama walaupun Yuki Joji dah bertukar menjadi Riderman.


           2. Seterusnya, Riderman juga tak bertukar macam Rider yang lain dengan menggunakan tali pinggang @ belt buckle.. tetapi Riderman bertukar dengan menggunakan Riderman Helmet. Sila rujuk gambar di bawah ini...

RIDERMAN HELMET

           3. Seperti yang semua telah ketahui Riderman hanyalah seorang manusia biasa. Hanya tangan kanannya telah dipasangkan dengan tangan robotik dan juga menjadi senjata untuk menentang organisasi Destron..

            4. Senjata pertama adalah Power Arm. Senjata ini paling kerap digunakan oleh Riderman di dalam mana-mana pertarungan..

POWER ARM
            5. Senjata utama yang paling kerap digunakan oleh Riderman adalah Rope Arm. Senjata ini diguna untuk pertempuran dan berbagai kegunaan lain. Kebiasaannya terdapat cangkuk pada Rope Arm diguna untuk memanjat dan bertempur.

ROPE ARM





Friday, March 16, 2012

SEJARAH RIDERMAN 1


Riderman (ライダーマン Raidāman?) atau Rider No 4 adalah seorang Rider yang PERTAMA menggunakan    senjata sendiri dan satu - satunya Rider setakat ini yang menggunakan topeng separuh terbuka...


RIDERMAN

Joji Yuki (結城 丈二 Yūki Jōji?) pada asalnya merupakan seorang saintis organisasi DESTRON. Beliau diambil dan  dijaga oleh The Great Leader sejak kecil lagi.. Marshal Armor @ Marshal Yoroi berasa iri hati dengan Yuki bimbang jika kedudukannya di dalam Destron tergugat.
      
            Untuk menutup kegagalannya mengalahkan Kamen Rider V3,  Marshal Armor telah merancang satu helah supaya Yuki dituduh sebagai pembelot..




           Akibatnya Yuki Joji dihukum dan diseksa sampai mati dengan direjam kedalam kolam asid, namun Yuki sempat diselamatkan oleh sekumpulan saintis Destron.




               Sedar bahawa diri mereka juga diburu, rakan-rakan saintis yang menyembunyikan Yuki telah mencipta dan membuat transplant cybernetic arm untuk Yuki. Demi membuktikan dirinya tidak bersalah kepada Destron, dan dendam terhadap Marshal Armor, Yuki cuba menentang Kamen Rider V3..

               Pada masa inilah Yuki Joji telah bertukar menjadi Riderman dan menentang V3. Namun mereka akhirnya berganding bahu menentang Destron. Setelah menyedari bahawa Destron ingin memusnahkan Tokyo dengan Pluton Rocket, mereka bersama-sama menyerang pengkalan Organisasi Destron.





               Riderman menaiki Pluton Rocket dengan harapan megubah haluan akhirnya meletup di udara. Ketika inilah Kamen Rider V3 mengistiharkan Riderman sebagai Kamen Rider No 4 atau dikenali juga sebagai The Avenging Demon. 

Petikan Dari Kamen Rider Spirit Manga



               Kisah Riderman tidak berakhir di sini sahaja ( hero kalau mati, macamana nak sambung cerita daa..) Di dalam siri manga Kamen Rider Spirit, Riderman terselamat apabila terdampar di pantai Tahiti dan diselamatkan oleh seorang budak bernama Hinau.. 
               Yuki telah hilang ingatan pada masa itu namun ingatannya kembali ketika bertarung dengan raksasa ketam @ Marshal Armor...










Wednesday, June 8, 2011

SEJARAH KAMEN RIDER ICHIGO



Kamen Rider Ichigo


                   Ketika Hongo Takeshi sedang membuat latihan perlumbaan motosikal,dia telah terjerat oleh sekumpulan pelumba motosikal yang didalangi oleh SHOCKER.Dia telah ditangkap dan di ubah menjadi cyborg. Tidak lama selepas itu dia telah tersedar dan berjaya melarikan diri sebelum proses brainwashing dijalankan, dengan bantuan professor Midorikawa.

                   Malangnya mereka telah diserang oleh raksasa labah2 yang telah menjejaki Ruriko menuju ke gudang 55. Professor Midorikawa telah terbunuh dan Hongo telah dipersalahkan.

              
Hongo Takeshi

                    Hongo telah bertarung dengan raksasa labah2 sebagai Kamen Rider untuk menyelamatkan Ruriko dan menumpaskannya dengan Rider Kick..

                    Setelah sekian lama, Hongo menyedari bahawa SHOCKER sedang merekabentuk seorang lagi rider yang menggunakan Ichimonji Hayato. Rider #1 telah menyelamatkannya dan menjadi Rider #2.


Ichimonji Hayato & Hongo Takeshi

                   Rider #1 menjelajah ke seluruh pelusuk dunia demi mencari dan memusnahkan SHOCKER dan kumpulannya sebelum beliau kembali ke Jepun. Mereka berganding bahu menjadi Double Rider demi memusnahkan SHOCKER dan menjaga keamanan bumi.


           KAMEN RIDER #1


             MODEL  :  GRASSHOPPER
               BELT      :  THE TYPHOON
                  EQUIP   :  THE CYCLONE, THE NEW CYCLONE





Sunday, May 8, 2011

SEJARAH KAMEN RIDER V3




Kamen Rider V3 (仮面ライダーV3 Kamen Raidā Buisurī?Masked Rider V3) ditayangkan pada Februari 17, 1973 sebanyak 52 episod.




KAZAMI SHIROU


             Pada suatu malam secara tidak sengaja Kazami Shirou telah menyaksikan satu pembunuhan yang dilakukan oleh organisasi DESTRON. Oleh itu dia telah menjadi buruan yang seterusnya.




SCISSORS JAGUAR


             Destron telah menghantar Scissors Jaguar untuk menghapuskan Shirou dan keluarganya. Malangnya keluarganya telah dibunuh sebelum Kamen Rider #1 dan #2 datang memberi bantuan.


             Setelah Double Rider (Rider #1 & #2) mengalami kecederaan serius ketika cuba menceroboh kubu Destron dan hampir dibunuh,mereka diselamatkan oleh Kazami.Kamen Rider tidak mempunyai pilihan lain selain menjadikan Kazami Shirou sebagai KAMEN RIDER V3.


         
OPERATION

KAMEN RIDER V3


                KAMEN RIDER V3 


        MODEL           : DRAGONFLY
             BELT              : DOUBLE THYPHOON
                 ITEM            : SUPER SENSATIVE ANTENNA, V3 HOPPER,ETC...
                    SKILL          : SCREW KICK, V3 PUNCH, MATRIX EYES, ETC...
                                               (MORE THAN 26 SKILLS)

Tuesday, May 3, 2011

Kamen Rider Black

hai all..aku dh mati akal dah apa benda nk tulis dlm blog haku nih..
        pikir pnya pikir teringat kat KAMEN RIDER,,

kalau korang ingat lagi citer ni mase tahun 90an dulu2..
hari ISNIN dan SELASA jam 5 ptg..(ingat lg tuuuu)

sapa ingat lagi kat mamat nih...KOTARO MINAMI..



KAMEN RIDER BLACK
Sebenarnya diorang nih ada bnyak..ada generation..
ni aku load pic dia..ini pn br setengah ni..
kalau aku nk citer satu2 hoho..seminggu lg pn x tentu abih


kalau ada yg berminat bgtau..nnt aku wat sambungan citer lagi..
enjoy..